KTAG Anjur Debat Belia Kali Ke-8, Perkasa Pemikiran Kritis Mahasiswa | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » KTAG anjur Debat Belia kali ke-8, perkasa pemikiran kritis mahasiswa

KTAG anjur Debat Belia kali ke-8, perkasa pemikiran kritis mahasiswa

SERDANG, 2 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) telah menganjurkan Pertandingan Debat Belia 2024 Piala Tan Sri Aishah Ghani buat kali kelapan sebagai usaha untuk terus memperkasa pemikiran kritis mahasiswa universiti, di sini, baru-baru ini.
 
Pengarah program, Nurshuhairah Rosmi berkata pertandingan ini mengasah kemampuan berhujah para peserta dan peka terhadap isu-isu semasa yang sedang berlaku di dalam dan luar negara.
 
“Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para mahasiswa tentang kemahiran komunikasi yang berkesan, sekaligus menjadi platform bagi mereka untuk menyuarakan idea dan pengetahuan mereka berdasarkan isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan golongan belia.
 
“Hal ini merupakan langkah penting dalam mempersiapkan generasi masa depan untuk menjadi pemimpin yang berpikiran terbuka dan mampu memberikan kontribusi positif dalam masyarakat,” katanya.
 
Sebanyak 40 pasukan telah bertanding dalam pertandingan ini melibatkan pasukan debat kolej-kolej kediaman di UPM, wakil Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US). -UPM

Date of Input: 02/05/2024 | Updated: 02/05/2024 | ezzatyazhari

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
SXFRQAy~