Enggan Putus Asa, Pegawai Pertanian UPM Kampus Bintulu Terima Ph.D | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Enggan Putus Asa, Pegawai Pertanian UPM Kampus Bintulu Terima Ph.D

Enggan Putus Asa, Pegawai Pertanian UPM Kampus Bintulu Terima Ph.D

SERDANG, 19 Mac – "Saya akhirnya telah menamatkan PhD saya selama lima tahun (2016 hingga 2021) dan meraihkan kejayaan pada konvokesyen ke-45 di UPM Serdang."

Dr. Carlina berkata, beberapa bulan terakhir sebelum penghantaran tesis selepas peperiksaan viva-voce mengikut tempoh yang ditetapkan merupakan tahap kritikal apabila seorang pelajar PhD memerlukan kekuatan dari segi mental, fizikal dan kerohanian. Ia adalah cabaran paling sukar kerana tertekan mengimbangi bebanan kerja sebagai Pegawai Pertanian dan pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang agronomi pada masa yang sama. Beliau mengaku hampir berputus asa, tetapi enggan mensia-siakan kerja kerasnya selama lima tahun.

“Saya percaya semua orang boleh melakukannya - saya mungkin mengambil masa sedikit untuk menyiapkannya dan akhirnya ia selesai. Ia adalah satu perjalanan dan proses yang panjang untuk belajar PhD.

Ia adalah pengalaman yang bermanfaat dan pengetahuan, kemahiran dan sikap boleh membangunkan pembelajaran pengalaman peribadi anda sendiri untuk masa hadapan.” Katanya ditemui selepas tamat Majlis Konvokesyen Ke-45 UPM di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (PKKSSAAS) di sini.

“Kata-kata semangat dan tunjuk ajar yang tidak pernah putus daripada penyelia utama, Dr. John Keen Chubo, serta sokong moral daripada keluarga dan rakan-rakan sukar untuk saya ungkapkan perasaan gembira berjaya menamatkan pelajaran. Terasa seperti bebanan di bahu saya kini tiada lagi." Ujarnya lagi.

Dr. Carlina merupakan Pegawai Bukan Akademik yang pertama di UPM Kampus Bintulu Sarawak dan pernah memegang jawatan pentadbiran sebagai Ketua Bahagian Taman Pertanian Universiti, UPM Bintulu Kampus selama lima tahun (sejak tahun 2010) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di bawah tajaan biasiswa UPM berjaya membuktikan ijazah PhD yang diraih sebagai penanda aras kepada rakan seperjuangannya lain.

Beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pertanian dalam bidang Penternakan khususnya Ternakan Poltri di UPM Bintulu Kampus Sarawak sejak tahun 2002 sehingga sekarang (19 tahun). - UPM

Tarikh Input: 19/03/2022 | Kemaskini: 25/03/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
SXFbRAm~