BERSALIN KETIKA PENGAJIAN, TIDAK HALANG GENGGAM MASTER | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » BERSALIN KETIKA PENGAJIAN, TIDAK HALANG GENGGAM MASTER

BERSALIN KETIKA PENGAJIAN, TIDAK HALANG GENGGAM MASTER

Oleh: Jerrywesly Senaja,
Pelajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan, SPE

SERDANG, 23 Mac - Bersalin semasa pengajian dalam bidang Master of Pathology tidak menghalang Dr. Nurul Suhaili Kamarudin untuk berjaya meraih skrol Master pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-45.

Menurut Dr. Nurul Suhaili, 37, beliau mempunyai empat orang cahaya mata dan dua daripadanya dilahirkan ketika dalam pengajian di peringkat Master. Kemudiannya, beliau berjaya membentangkan tesisnya ketika masih dalam proses berpantang.

“Antara faktor kejayaan saya adalah komunikasi yang baik dengan pasangan, keluarga yang memahami dan pengurusan masa yang baik dan saya akan merancang sesuatu perkara sebulan lebih awal untuk memastikan perkara tersebut berjalan lancar,” katanya.

I have a lot of fears, but I choose to face the fears and rise” merupakan kata-kata yang dipegang oleh Dr. Nurul Suhaili sehingga beliau mencapai kejayaan tersebut.

Sementara itu, suaminya  telah bergraduat dalam PhD Kesihatan Awam pada hari pertama Majlis Konvokesyen UPM kali ke-45.

Kini beliau bersama suami berkhidmat di Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah Tawau, Sabah. - UPM

Tarikh Input: 23/03/2022 | Kemaskini: 12/04/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
SWMCWA:22:13