Prof. Madya Dr. Clare Chan Suet Ching lancar buku akademik muzik suku Mah Meri
SERDANG, 7 Dis – Rasa kagum terhadap budaya Orang Asli membuatkan pensyarah Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Clare Chan Suet Ching berjaya menghasilkan sebuah buku akademik berkenaan muzik suku Mah Meri.