Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto Oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar
SERDANG, 31 Okt – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan National University of Singapore (NUS) baru-baru ini telah menjalinkan kerjasama strategik dalam bidang perubatan veterinar dalam membangunkan rawatan terapi sel stem untuk haiwan kesayangan iaitu anjing dan kucing dengan kanser.
Terapi inovatif berasaskan sel stem mesenchymal menyasarkan tumor peringkat akhir dengan jenis kanser tertentu oleh anjing dan kucing ini djangka akan menjalankan ujian klinikal melalui Hospital Veterinar Universiti (UVH), UPM.
Kerjasama pembangunan terapi sel stem itu akan dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), UPM, Prof. Madya Dr. Gayathri Thevi Selvarajah dan Yong Loo Lin School of Medicine, NUS, Prof. Madya Dr. Too Heng-Phon.
Kerjasama UPM-NUS merupakan satu inisiatif penting dalam rawatan kanser dengan haiwan kesayangan serta hasil penggunaan terapi tersebut akan menawarkan alternatif rawatan baharu masa depan.
Turut hadir menyaksikan pertukaran Memorandun Persefahaman (MoU), Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Dekan FPV, UPM, Prof. Dato' Dr Mohd Azmi Mohd Lila, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) FPV, UPM, Prof. Dr. Md Zuki Abu Bakar @ Zakaria, Ketua, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar FPV UPM, Prof Madya Dr. Ooi Peck Toung dan Senior Research Fellow, NUS, Dr. Sarah Ho Yoon Khei.
Tarikh Input: 09/11/2023 | Kemaskini: 09/11/2023 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA