UPM Juara Keseluruhan SUKUM 2022 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM juara keseluruhan SUKUM 2022

UPM juara keseluruhan SUKUM 2022

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto Oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

SERDANG, 24 September - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai Kejohanan Sukan Staf Universiti Awam Malaysia (SUKUM) Kali ke-44 Tahun 2022.

Kejuaraan itu diraih selepas UPM berjaya memungut 18 emas, 18 perak dan 15 gangsa.

Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata beliau berbangga dengan pencapaian staf atlet UPM yang berjaya melayakkan UPM menjadi juara keseluruhan SUKUM 2022.

 

“Ini kali pertamanya UPM berjaya menjadi juara dan saya berterima kasih kepada seluruh warga UPM terutamanya staf atlet UPM dan sukarelawan yang membantu dalam menjayakan penganjuran SUKUM di sini,” katanya.

Tambah beliau, penganjuran SUKUM adalah sebagai wadah untuk merapatkan hubungan dan kekeluargaan sesama institusi pengajian tinggi dalam negara melalui sukan serta mengangkat budaya sukan di institusi masing-masing.

“Saya percaya melalui acara sukan seperti SUKUM dapat meningkatkan lagi daya tahan mental dan fizikal sumber manusia selain berupaya meningkatkan indeks kesejahteraan dalam kalangan staf,” katanya.

Sementara itu, tempat kedua disandang oleh Universiti Malaysia Perlis dengan 17 emas, 15 perak dan 16 gangsa.

SUKUM yang berlangsung selama lapan hari ini mempertandingkan sebanyak 18 acara sukan dan menawarkan sebanyak 136 pingat emas, 136 pingat perak dan 196 pingat gangsa. Selain itu, seramai 400 sukarelawan yang turut terlibat pada SUKUM 2022.  - UPM

Tarikh Input: 04/11/2022 | Kemaskini: 04/11/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
SWMKVA1:21:15