UPM Anjur International SEED Showcase 2023, Jalin Kolaborasi Bersama Tiga Universiti Antarabangsa Dan 17 Syarikat Industri | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM anjur International SEED Showcase 2023, jalin kolaborasi bersama tiga universiti antarabangsa dan 17 syarikat industri

UPM anjur International SEED Showcase 2023, jalin kolaborasi bersama tiga universiti antarabangsa dan 17 syarikat industri

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto Oleh: Sabri Omar 

SERDANG, 4 Julai - Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama tiga universiti antarabangsa iaitu Universiti Suan Sunandha Rajabhat (SSRU), Thailand, Universiti Tatung, Taipei, Taiwan dan Universiti Telkom, Indonesia serta 17 syarikat industri tempatan bekerjasama menganjurkan pameran International Sustainable, Environmental, Exploration, and Design (SEED) Showcase 2023 bagi memperlihatkan peranan bidang Reka Bentuk Perindustrian kepada masyarakat.  

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail berkata, pameran itu adalah sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025, Matlamat 1 Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.

“Ini juga secara langsung dapat mempromosikan reka bentuk pelajar dan memberikan pereka muda ini platform untuk di perkenalkan kepada organisasi awam dan swasta serta membina jaringan bersama universiti antarabangsa yang akan memberi manfaat bersama,” katanya.

Pengarah International SEED Showcase 2023, Muhammad Nazrin Ramlan berkata, sebanyak 39 projek prototaip pelajar Tahun Akhir (FYP) pelajar Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian), Jabatan Rekabentuk Perindustrian, FRSB UPM telah dipamerkan pada kali ini.

“Penganjuran pameran itu yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar dapat memberikan pendedahan kepada pelajar serta menghasilkan reka bentuk terkini dengan menggunakan bahan yang boleh dikitar semula bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Deputy Dean for Research and Academic Services, Faculty of Fine and Applied Arts, Suan Sunandha Rajabhat University (SSRU), Assoc. Prof. Dr. Pibool Waijittragum berkata, pameran itu memberi peluang kepada pelajar SSRU untuk mengadakan kolaborasi serta pertukaran kepakaran bersama UPM.

“Saya berharap kerjasama bersama FRSB UPM akan berterusan pada masa akan datang dan ianya dapat meningkat jaringan antarabangsa untuk mendapat manfaat bersama,” katanya.

Selain itu, projek tahun akhir ini di bawah koordinasi dan seliaan bersama oleh Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, Ts. Dr. Rosalam Che Me, dan Dr. Sazrinee Zainal Abidin.

Setiap pelajar diselia secara khusus oleh beberapa penyelia yang terdiri daripada Prof. CIDe Ts Dr. Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman, YM Prof. Madya Dr. Raja Ahmad Azmeer Raja Ahmad Effendi, Prof. Madya Ts. Dr. Nazlina Shaari, Prof. Madya Ts. Dr. Hassan Hj. Alli, Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal Abdul Rahman,Ts. Dr. Mohd Shahrizal Dolah, Ts. Dr. Velu A/L Perumal, Ts. Dr. Khairul Manami Kamarudin, Ts. Shahrul Azman Shahbuddin, Dr. Mohd Faiz Yahaya, Dr.Siti Mastura Md. Ishak dan Indastri Saion.

Sementara itu, pameran yang bertemakan ‘Enhancing Curtomization Through Circular Design' akan berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Julai di Galeri Serdang, FRSB UPM. – UPM

Tarikh Input: 05/07/2023 | Kemaskini: 10/07/2023 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
SWMCXA:23:49