Teknologi Bio-Conversion Alternatif Ladang Hutan Hasilkan Produk Kualiti Tinggi | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Teknologi Bio-Conversion alternatif ladang hutan hasilkan produk kualiti tinggi

Teknologi Bio-Conversion alternatif ladang hutan hasilkan produk kualiti tinggi

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin dan Wan Muhammad Muizzuddin Wan Marzuki
Foto Oleh: Saleha Haron

SERDANG, 8 Ogos: Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) Universiti Putra Malaysia(UPM) membincangkan alternatif produk kualiti tinggi dengan menggunakan  Teknologi Bio-Conversion dari ladang hutan dalam Program bicara industri bertajuk “Profitable Forest Plantation Through Bio-Conversion Technologies”.

Bidang perladangan hutan dan penukaran bahan Bio melalui pendedahan kepada pengetahuan adalah peluang bernilai tinggi yang boleh diperolehi daripada teknologi penukaran bahan Bio-Conversion.

Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail berkata, perladangan dan bidang yang berkaitan dengan pengetahuan dan peluang segera yang boleh kita perolehi daripada Bio-Conversion.

“Produk Bio-Conversion ladang hutan seperti biofuel dan bioplastik, terutamanya daripada penggunaan biojisim tumbuhan boleh menjadi alternatif yang tepat untuk mengurangkan pergantungan kita kepada sumber bahan api fosil.

“Ini boleh menjadi salah satu cara yang inovatif untuk mengurangkan jejak alam sekitar pengeluaran dan pembuatan ladang hutan dan juga untuk memanfaatkan banyak faedah lain teknologi biokonversi, “ katanya.

Turut hadir pada program bicara ini, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin dan Pengarah INTROP, Prof. Ts. Dr. Khalina Abdan.

Beliau berkata, perladangan hutan dianggap sebagai salah satu strategi paling penting untuk mengimbangi kehilangan hutan.

Sementara itu, YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail berkata, pelaksanaan yang betul, pengurusan dan amalan perladangan ladang hutan, ia boleh memberikan produktiviti yang lebih tinggi dan pada sokongan yang sama kestabilan alam sekitar.

"Pembangunan ladang hutan yang strategik dan holistik seharusnya tidak dianggap sebagai sumber pengeluar kayu dan juga bukan kayu utama, tetapi harus juga memberi tumpuan kepada pembangunan dan penggunaan produk, “ katanya.

Bagi mengurangkan pergantungan kepada hutan semula jadi sebagai sumber utama hasil kayu, Kerajaan Malaysia menggalakkan pembangunan ladang hutan dan UPM menyokong inisiatif ini melalui MOU dengan pelbagai agensi.

Produk berasaskan hutan masa hadapan adalah pelbagai dan dipacu oleh teknologi mampan seperti produk biofuel dan bioplastik terutamanya.-UPM

Tarikh Input: 01/09/2022 | Kemaskini: 01/09/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
SWMKVAL:21:20