Oleh: Khairul Anuar Muhamad Noh
Foto oleh: Marina Ismail
KUALA LUMPUR, 19 April - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris menerima anugerah ‘Lifetime Achivement – Academic & Veterinarian’ dalam Malaysian Livestock Industry Award 2018 di sini hari ini.
Anugerah dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan persatuan-persatuan berkaitan ternakan dan veterinar yang diperkenalkan sejak tahun 2001 itu mengiktiraf pencapaian individu dan industri terbaik dalam merangsang pembangunan dan penambahbaikan industri berkaitan ternakan di Malaysia.
Majlis anugerah dibuat sempena ekspo dan forum Livestock Asia 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.
Anugerah disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Dato' Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dan Tan Sri Dato’ Dr. Ahmad Mustaffa Babjee, Pengerusi United Business Media (UBM) Malaysia. - UPM
Tarikh Input: 19/04/2018 | Kemaskini: 20/04/2018 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA