Kesibukan Dalam Kerjaya Tidak Halang Graduan Peroleh Master | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Kesibukan dalam kerjaya tidak halang graduan peroleh Master

Kesibukan dalam kerjaya tidak halang graduan peroleh Master

Oleh: Nazrul Rapali
Pelajar Bachelor Sastera (Bahasa Lingustik Melayu), FBMK

SERDANG, 19 Mac - “If you are better than your father, then you have done your best”. Itulah pepatah yang dipegang oleh Datuk Zukri Valenteno yang berani mencabar dirinya untuk menjadi yang terbaik dalam apa jua perkara.

Datuk Zukri Valenteno, 59, hari ini berjaya bergelar sebagai seorang graduan Master Komunikasi Korporat di Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Kali Ke-45.

Beliau yang berasal dari Alor Star, Kedah itu mempunyai minat yang cukup mendalam dalam bidang komunikasi.

Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan profesional dalam beberapa syarikat ternama di Malaysia.

Beliau juga seorang pensyarah sambilan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Baginya, komunikasi tidak lagi asing dengan jiwanya dan telah mempelajari pelbagai ilmu berkaitan dengan komunikasi massa sebelum beliau mula menceburkan dirinya dalam Khusus Komunikasi Kerajaan pada tahun 1996.

“Menjadi seorang yang mahir dalam komunikasi tidak mudah, kita perlu ada kreativiti dan inovasi dalam diri,” katanya.

Datuk Zukri Valenteno akui ada beberapa cabaran yang perlu ditempuhinya. Salah satunya ialah beliau perlu bijak untuk membahagikan masa bekerja di samping perlu menghabiskan pengajiannya di peringkat Master.

Selain itu, pandemik COVID-19 juga amat memberi kesan kepada beliau kerana tidak dapat memperoleh sumber data penulisannya di tahap yang maksima kerana banyak bergantung pada sumber data yang diperoleh secara atas talian sahaja.

Perbincangan bersama ahli kumpulan juga terpaksa dijalankan secara maya dan itu menjadi kekangan beliau untuk berinteraksi dengan lebih efisyen.

Kini beliau sedang berkhidmat di salah satu sektor kerajaan di Putrajaya dan merupakan seorang pegawai yang berpangkat Jusa C.

Baginya, kejayaan yang diperoleh itu adalah rezeki daripada Allah S.W.T di samping usaha beliau yang sentiasa inginkan sesuatu yang lebih daripada orang lain.

Beliau sempat berpesan kepada semua belia dan juga masyarakat di luar sana,“ If I can do it at my age, then you are better than me ”.

Beliau turut menggesa anak muda untuk sentiasa melakukan yang terbaik dalam pengajian kerana di usianya juga beliau masih mampu bergelar graduan Master pada hari ini. - UPM

Tarikh Input: 19/03/2022 | Kemaskini: 04/04/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
WXFWLAT~