Impian Jadi Penyelidik Negara Penerima Hadiah Pingat Emas Canselor UPM | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Impian jadi penyelidik negara penerima hadiah Pingat Emas Canselor UPM

Impian jadi penyelidik negara penerima hadiah Pingat Emas Canselor UPM

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Sabri Omar

SERDANG, 26 November- Minat yang mendalam dalam bidang penyelidikan Sains, teknologi dan inovasi telah mengangkat graduan Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian, Syed Alif Imran Syed Khairil Akhbar memenangi Hadiah Universiti sesi 2021/2022, Pingat Emas Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bercita-cita sebagai penyelidik negara yang kurang diminati oleh generasi muda tidak pernah melemahkan semangat beliau untuk menggapainya dan berusaha sehabis mungkin menjadi seorang pelajar cemerlang dan memperoleh anugerah Pingat Emas Canselor UPM pada Majlis Konvokesyen UPM ke-46. 

Beliau berkata dengan anugerah kemenangan yang diperoleh pada majlis konvokesyen UPM ke-46 ini, ia dapat membantunya untuk menyambung master dalam bidang Sains Biologi selanjutnya mencapai impiannya untuk menjadi penyelidik yang mampu memberi nilai kepada negara dan masyarakat.

 “Walaupun di Malaysia, bidang Sains ini agak sukar untuk mendapat pekerjaan, saya percaya banyak peluang kerja yang boleh diperolehi. Jangan sesekali memilih pekerjaan kerana setiap peluang yang hadir akan memberi kita pengalaman pada masa akan datang tanpa disedari.

“Saya bersyukur kerana dipilih sebagai pemenang Pingat Emas Canselor UPM kerana impian dapat dimakbulkan untuk menjadi seorang penyelidik,” katanya yang kini bertugas sebagai pembantu penyelidik  serta melanjut pengajian peringkat master. 

Tambah beliau, jangan pernah mengalah kerana banyak sangat peluang pekerjaan dalam bidang Sains di Malaysia dalam sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).- UPM

Tarikh Input: 26/11/2022 | Kemaskini: 26/11/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
SXFcTAr~