FBMK Martabat Bahasa Melayu Di Persada Antarabangsa | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » FBMK martabat Bahasa Melayu di persada antarabangsa

FBMK martabat Bahasa Melayu di persada antarabangsa

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mohammad Izrul Abdul Jabar

SERDANG, 21 Ogos - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM) menyebarluaskan martabat Bahasa Melayu menerusi program Forum Perdana Pengantarabangsaan Bahasa Melayu siri 1 dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu di rantau antarabangsa.

Forum yang membincangkan pengukuhan Bahasa Melayu peringkat antarabangsa ini membawa panel dari Thailand, Singapura, Indonesia dan Malaysia khasnya.

Dekan FBMK, Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim berkata pihaknya akan sentiasa menjalankan usaha dan melunaskan tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu agar relevan sepanjang masa, dan seiring dengan perubahan zaman.

"Usaha memperkukuh dan memartabatkan bahasa Melayu bukanlah tindakan bermusim atau dilakukan pada waktu tertentu, sehinggakan menjadikan darjah pasang surut terhadap bahasa Melayu tidak stabil dan tidak menentu.

"Usaha murni untuk memperkukuhkan penguasaan dan kemahiran berbahasa Melayu juga menjadi keutamaan UPM. Hal ini terbukti dengan mewajibkan semua pelajar UPM yang terlibat untuk menduduki Ujian Komunikasi dalam Bahasa Melayu atau UKOM, sebagai syarat bergraduat.

"Dalam kalangan pentadbir, semua urusan mesyuarat, surat-menyurat, komunikasi secara e-mel dilakukan dalam bahasa Melayu," katanya di Auditorium Rashdan Baba, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dekat sini, hari ini.

Tambahnya, Bahasa Melayu memiliki ciri kecendekiaan dan kesempurnaan yang dapat digunakan sebagai peradaban tinggi bahasa ilmu yang mantap dan perkembangan ilmu.

Forum ini juga sebagai usaha membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan merealisasikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di negara Nusantara.

Tarikh Input: 22/08/2023 | Kemaskini: 25/08/2023 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
SWMDAA5:00:31