Disiplin Yang Tinggi Bantu Atlet Menembak Kebangsaan Memperoleh Bacelor | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Disiplin yang tinggi bantu atlet menembak kebangsaan memperoleh Bacelor

Disiplin yang tinggi bantu atlet menembak kebangsaan memperoleh Bacelor

Oleh: Faiznur Jasmin Faiz
Bacelor Sains Pembangunan Manusia, FEM


SERDANG, 8 JAN – Jatuh cinta dengan persekitaran Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuatkan atlet menembak kebangsaan, Nurul Fatihah Mohammad Tahir, 28, berjaya menamatkan pengajian dalam Bacelor Komunikasi pada Majlis Konvokesyen ke-44 Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Beliau melibatkan diri dalam sukan menembak selama 12 tahun sejak dari bangku sekolah sehingga ke peringkat universiti dengan pencapaian yang terbaik seperti penglibatan dalam Youth Olympics kategori 18 tahun ke bawah, wakil atlet Malaysia dan UPM dalam sukan menembak.

Penglibatan yang aktif dalam sukan menembak tidak mematahkan semangat Fatihah dalam menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah di UPM.

Nur Fatihah berkata, pengurusan masa yang betul antara sukan dan akademik secara langsung beliau berjaya menamatkan pengajian beliau serta membuktikan bahawa betapa pentingnya sifat disiplin dalam diri seorang pelajar.

“Jangan tangguh tugasan yang kita dapat dan siapkan tugasan on-time serta jangan terlalu fokus hanya pada sukan sahaja  sehingga abaikan pelajaran,” katanya

Fatihah yang berasal dari Batu Gajah, Perak berkata beliau sentiasa berusaha untuk mendapatkan kepercayaan rakan-rakan dalam mana-mana tugasan berkumpulan disebabkan stigma pelajar terhadap pelajar atlet yang kurang menonjol dalam akademik.

Namun, atas inisiatif beliau sendiri untuk memahami corak kehidupan pelajar yang berbeza latar belakang dengannya, Fatihah mampu meraih keputusan yang cemerlang dalam pelajarannya.

Beliau titipkan berpesan kepada pelajar UPM yang sedang mengikuti kelas secara atas talian untuk terus berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga ke akhirnya meskipun pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dengan situasi pandemik COVID-19 kini. – UPM 

Tarikh Input: 08/01/2022 | Kemaskini: 25/01/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
WWLdWAa:22:58