“BEKERJA SAMBILAN TIADA MASALAH JIKA BIJAK MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK” | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » “BEKERJA SAMBILAN TIADA MASALAH JIKA BIJAK MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK”

“BEKERJA SAMBILAN TIADA MASALAH JIKA BIJAK MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK”

Oleh: Nazrul Rapail

 

SERDANG, 24 MAC- Nurul Fariza Syuhada binti Fauzi, 28 berjaya menamatkan pengajiannya dalam Master Psikologi Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-45 hari ini.

Meskipun melalui fasa getir semasa berada di pengajian, Nurul Fariza meluahkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajiannya dengan jayanya.

Anak kelahiran Kulai, Johor itu sebelum ini memulakan pengajiannya di UPM pada tahun 2018 dan beliau banyak menghabiskan masanya untuk bekerja sambilan untuk meringankan beban keluarga.

Semasa berada di UPM, Nurul Fariza menggunakan motorsikalnya untuk menjadi ‘runner’ bagi membantu rakannya yang rajin membuat perniagaan. Katanya peluang tersebut perlu diambil sebagai peluang kepada beliau mendapatkan duit sampingan.

Kadang kala, Nurul Fariza juga akan bekerja sebagai seorang pembantu di restoran, di hotel dan juga majlis-majlis korporat.” Katanya.

Berkenaan pengurusan masa, “saya penuhkan jadual kelas saya kepada dua hari saja dalam seminggu, pukul tiga hingga pukul sembilan malam  saya akan padatkan masa dengan menghadiri kelas. Hari yang saya kosongkan pula adalah hari untuk saya bekerja. Tesis saya akan buat pada waktu malam sahaja. Itulah kelebihannya apabila mempunyai masa yang fleksibel kerana kita sendiri yang dapat menguruskannya.

Nurul Fariza merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik itu tidak menerima mana-mana tajaan semasa pengajiannya. Beliau akui pekerjaan sambilan ini sangat penting untuk menampung pengajiannya. “Masa belajar ni banyak pakai duit, jadi saya mahu mencari pendapatan sendiri dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa saya”, katanya.

Tambahnya lagi, beliau sangat bersyukur kerana dapat pensyarah yang memahaminya, pernah juga beliau hampir berputus asa dan ingin berhenti belajar, kerana mengalami tekanan dengan persekitaran baharu semasa mula-mula memasuki UPM.

Nurul Fariza sering berpegang pada dengan kata-katanya, “dalam hidup ini kalau ada orang yang cuba jatuhkan kita, pasti akan ada orang lain yang sambut kita, cari seseorang untuk menjadi pendamping kita kerana bagi saya ia penting untuk kita terus semangat.” – UPM

Tarikh Input: 24/03/2022 | Kemaskini: 25/04/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
WXFcGA6~