30 Bekas Angkatan Tentera Sertai Program Latihan Usahawantani Putra-Perhebat Siri Kedua Anjuran UPM | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » 30 bekas angkatan tentera sertai Program Latihan Usahawantani Putra-Perhebat siri kedua anjuran UPM

30 bekas angkatan tentera sertai Program Latihan Usahawantani Putra-Perhebat siri kedua anjuran UPM

SERDANG, 26 Okt – 30 pelatih dari Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah menyertai lawatan bagi Program Latihan Usahawantani Putra-Perhebat Pengambilan Siri Kedua sesi 2023/2024 yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

Lawatan ini untuk memberi pendedahan awal kepada pelatih mengenai modul latihan yang disediakan bagi Program Usahawantani Putra-Perhebat di UPM selama lima bulan di Pusat Pertanian Putra (PPP UPM) sebagai persediaan sebelum tamat perkhidmatan masing-masing.

Dalam lawatan ini, pelatih telah diberikan penerangan ringkas mengenai aktiviti yang bakal dijalankan di setiap unit di empat lokasi latihan utama, iaitu di Unit Unggas, Unit Sayuran, Unit Agroteknologi dan Ladang Puchong, serta didedahkan dengan

Bagi bahagian tanaman, modul yang akan dipelajari ialah penyediaan kawasan atau tapak projek, penuaian, pembajaan melalui sistem fertigasi dan kaedah pemasaran, manakala bagi bahagian ternakan, pelatih akan didedahkan dengan kaedah ternakan ikan, ternakan puyuh dan itik serta pemprosesan produk hiliran seperti puyuh perap, ikan keli perap, puyuh salai, telur masin dan puyuh sejuk beku.

Dalam pada itu, latihan bagi Program Usahawantani Putra-Perhebat akan dikendalikan oleh lapan orang Pegawai Pertanian sebagai tenaga pengajar utama yang diketuai oleh Ketua Bahagian Tanaman, PPP, UPM, Zainalabidin Abd. Wahid, Ketua Bahagian Ternakan, PPP, UPM, Mohd. Tarmizi Ishak dan Ketua Bahagian Ladang Bersepadu Puchong, PPP, UPM, Helmi Azro Mohd. Hassan.

Tarikh Input: 31/10/2023 | Kemaskini: 31/10/2023 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
SWMKVAd:21:29